ASAL USUL BAHASA MELAYU

DEFINISI BAHASA MELAYU
  • Bahasa ialah sistem lambang bunyi suara yang dipakai sebagai alat perhubungan dalam lingkungan satu kelompok manusia.Bahasa adalah penggunaan kod, iaitu gabungan fonem sehingga membentuk kata dengan aturan sintaksis untuk membentuk kalimat yang memiliki maksud.
  • Istilah 'Melayu' digunakan dalam pengertian yang luas dan juga yang sempit.dalam pengertian luas, istilah ini merujuk kepada bangsa-bangsa Austronesiayang terdapat di Semenanjung Tanah Melayu dan kawasan yang secara tradisional disebut gugusan pulau-pulau Melayu, iaitu pulau-pulau yang meliputi Indonesia yang ada sekarang ini. Penggunaan istilah 'Melayu' yang lebih am ialah merujuk kepada suku bangsa yang berbahasa Melayu yang mendiami di Semenanjung Tanah Melayu, pantai timur Sumatera, Brunei dan beberapa tempat lagi yang berdekatan.





ASAL-USUL BAHASA MELAYU 

  • Beberapa teori telah mengatakan bahawa penutur Bahasa Melayu berasal daripada golongan manusia yang diberi nama Austronesia.  Mereka datang dari daerah Yunan dan menjelajah ke Selatan dalam bentuk beberapa gelombang pergerakan manusia dan menduduki wilayah Asia Tenggara.
  • Ini berlaku sejak tahun 2500 sebelum Masihi, iaitu dengan kedatangan golongan pertama yang disebut Melayu Proto. Kemudian kira-kira dalam tahun 1500 sebelum Masihi datang pula gelombang kedua, golongan ini disebut Melayu Deutro. Mereka ini telah menduduki daerah pantai dan tanah lembah di Asia Tenggara dan telah memperlihatkan kepandaian belayar dan bercucuk tanam.
  •  Oleh sebab  masyarakat Austronesia tersebar luas di seluruh Kepulauan Melaya dan lautan Pasifik maka berkembanglah tiap-tiap bahasa di daerah masing-masing. Bahasa Austronesia ialah satu rumpun bahasa yang tergolong ke dalam satu keluarga besar yang bernama keluarga bahasa Austris. Terdapat dua rumpun yang lain dalam keluarga ini iaitu, rumpun Astroasia dan rumpun bahasa Tibet-China.

Rumpun bahasa Austronesia terdiri daripada 4 keluarga bahasa yang kecil iaitu :

RUMPUN AUSTRONESIA      Dalam bentuk rajah, cabang-cabang keluarga bahasa       Austris dan rumpun bahasa Austronesia ada...



Bahasa Melayu menjadi bahasa kebangsaan di empat buah negara Asia Tenggara iaitu Indonesia, Malaysia, Brunei dan Singapura.Bahasa Melayu juga dikenali sebagai 'Bahasa Malaysia'. Ia juga turut dituturkan di kepulauan Farmosa hingga ke Madagaskar. Di Malaysia, Bahasa Melayu berkembang dan membentuk beberapa dialek. Contohnya dialek Utara, dialek Selangor dan lain-lain.



PERKEMBANGAN BAHASA MELAYU


1. Bahasa Melayu Kuno 

Merupakan keluarga bahasa Nusantara
Kegemilangannya dari abad ke-7 hingga abad ke-13 pada zaman kerajaan Sriwijaya, sebagai lingua franca dan bahasa pentadbiran.
Penuturnya di Semenanjung, Kepulauan Riau dan Sumatera.
  • Ia menjadi lingua franca dan sebagai bahasa pentadbiran kerana:
  • Bersifat sederhana dan mudah menerima pengaruh luar.
  • Tidak terikat kepada perbezaan susun lapis masyarakat
  • Mempunyai sistem yang lebih mudah berbanding dengan bahasa Jawa.
  • Banyak dipengaruhi oleh sistem bahasa Sanskrit. Bahasa Sanskrit kemudian dikenal pasti menyumbang kepada pengkayaan kosa kata dan ciri-ciri keilmuaan (kesarjanaan) Bahasa Melayu.
Image result for rumpun bahasa melayu

CIRI-CIRI BAHASA MELAYU KUNO
  • Penuh dengan kata-kata pinjaman Sanskrit
  • Susunan ayat bersifat Melayu
  • Bunyi b ialah w dalam Melayu kuno (Contoh: bulan – wulan)
  • bunyi e pepet tidak wujud (Contoh dengan – dngan atau dangan)
  • Awalan ber- ialah mar- dalam Melayu kuno (contoh: berlepas-marlapas)
  • Awalan di- ialah ni- dalam bahasa Melayu kuno (Contoh: diperbuat – niparwuat)
  • Ada bunyi konsonan yang diaspirasikan seperti bh, th, ph, dh, kh, h (Contoh: sukhatshitta)
  • Huruf h hilang dalam bahasa moden (Contoh: semua-samuha, saya: sahaya)
  • Peralihan Bahasa Melayu Kuno Ke Bahasa Melayu Klasik
  • Peralihan ini dikaitkan dengan pengaruh agama Islam yang semakin mantap di Asia Tenggara pada abad ke-13.
  • Selepas itu, bahasa Melayu mengalami banyak perubahan dari segi kosa kata, struktur ayat dan tulisan.
BATU BERSURAT 
a. Batu bersurat di Pagar Ruyung, Minangkabau (1356)
  • ditulis dalam huruf India
  • mengandungi prosa melayu kuno dan beberapa baris sajakm Sanskrit.
  • bahasanya berbeza sedikit daripada bahasa batu bersurat abad ke-7.
b. Batu bersurat di Minye Tujuh, Acheh (1380)
  • masih memakai abjad India
  • buat pertama kalinya terdapat penggunaan kata-kata Arab seperti kalimat nabi, Allah dan rahmat
c. Batu bersurat di Kuala Berang, Terengganu (1303-1387)
  • ditulis dalam tulisan Jawi
  • membuktikan tulisan Arab telah telah digunakan dalam bahasa Melayu pada abad itu.


2. BAHASA MELAYU KLASIK

Ketiga-tiga batu bersurat ini merupakan bukti catatan terakhir perkembangan bahasa Melayu kerana selepas abad ke-14, muncul kesusasteraan Melayu dalam bentuk tulisan.
  • Bahasa Melayu Klasik
  • Kegemilangannya boleh dibahagikan kepada tiga zaman penting:
  1. Zaman kerajaan Melaka
  2. Zaman kerajaab Acheh
  3. Zaman kerajaan Johor-Riau
  • Antara tokoh-tokoh penulis yang penting ialah Hamzah Fansuri, Syamsuddin al-Sumaterani, Syeikh Nuruddin al-Raniri dan Abdul Rauf al-Singkel.
CIRI-CIRI BAHASA KLASIK 
  • Ayat: panjang, berulang, berbelit-belit.
  • Banyak ayat pasif.
  • Menggunakan bahasa istana.
  • Kosa kata klasik: ratna mutu manikam,  sahaya, masyghul (bersedih).
  • Banyak menggunakan perdu perkataan (kata pangkal ayat): sebermula, alkisah, hatta, adapun.
  • Ayat songsang.
  • Banyak menggunakan partikel “pun” dan `’lah”.
3. BAHASA MELAYU MODEN 

Bermula pada abad ke-19. Hasil karangan Munsyi Abdullah dianggap sebagai permulaan zaman bahasa Melayu moden.Sebelum penjajahan Beritish, bahasa Melayu mencapai kedudukan yang tinggi, berfungsi sebagai bahasa perantaraan, pentadbiran, kesusasteraan, dan bahasa pengantar di pusat pendidikan Islam. Selepas Perang Dunia Kedua, British merubah dasar menjadikan bahasa Inggeris sebagai pengantar dalam sistem pendidikan.  Semasa Malaysia mencapai kemerdekaan, Perlembagaan Persekutuan Perkara 152 menetapkan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan. Akta Bahasa Kebangsaan 1963/1967 menetapkan bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi negara. Laporan Razak 1956 mencadangkan bahasa Melayu sebagai pengantar dalam sistem pendidikan negara.

Image result for biodata munsyi abdullah

Image result for biodata munsyi za'ba

Image result for biodata hamka

AKTA PENDIDIKAN



FAKTOR BAHASA MELAYU DIPILIH SEBAGAI BAHASA KEBANGSAAN


  1. Bahasa Melayu diterima sebagai bahasa lingua franca atau bahasa komunikasi sejak zaman kesultanan Melayu Melaka pada abad ke-15.
  2. Digunakan secara meluasdalam perdagangan.
  3. Bahasa Melayu telah mencapai tahap tertinggi dan diguna hingga peringkat antarabangsa.





Comments